Hari ini...
Hati ditembak-tembak hingga ke lubuk yang paling dalam sekali.
Allahu Allah.
Sebenarnya, kita rasa dah cukup bersyukur, padahal masih banyak lompong yang perlu diperbaiki.
Mana tidaknya, segala nikmat yang Dia berikan tidak kita menggunakan dengan betul bahkan selalu sahaja kita mengikut nafsu yang menyesakkan dada.
Aduhai apakah erti semua nikmat Allah jika tidak mentaati apa yang telah dipertanggungjawabkan?
Pihak iBantu IKRAM Perlis tadi telah membuat satu kelas khas bersama golongan kurang upaya OKU. Rata-ratanya buta, dan golongan warga emas. Kelas ini sebenarnya berlangsung setiap ahad di Masjid Putra Kangar.
Subhanallah. Maha Suci Allah yang sentiasa menghantar insan-insan lain untuk membantu mereka.Jangan pernah kita ingat kita sudah selesai jika memberikan wang bantuan.
TIDAK SAMA SEKALI. Duit bantuan hanyalah berapa cuma. Dengan ayat mudah, selalu kita berkata 'Aku dah bagi apa yang mereka patut dapat. Jadi cukuplah kan?.'
Tapi, kita lupa. Kita hanya memberikan sebagian sahaja. Kita tidak mengajar insan-insan istimewa ini mengenali Allah S.W.T.
Allahu.
Pihak iBantu IKRAM tadi mengajar mereka solat dhuha di Masjid Putra Kangar dan ada yang berwudhu' dengan cara tayammum kerana keadaan yang dibenarkan syara'.
Kita yang sihat, solat tak dhuha?
Lepas dari itu, mereka dipimpin ke dalam sebuah bilik lalu membacakan al-Mathurat beramai-ramai.
Kita yang sihat, baca tak al-Mathurat?
Selepas dari itu, setelah berehat beberapa minit, diteruskan pula dengan tadarus 4 surah dari juzu' amma. Masing-masing mengikut bacaan ustazah dan ada juga yang membaca dengan menggunakan al-Quran Braille.
Kita yang sihat, berapa banyak baca al-Quran?
Setelah itu, tibalah masanya solat Zohor. Maka, bersiaplah mereka masuk ke dalam ruang solat untuk berjemaah bersama-sama. Ada juga yang kelihatan melakukan solat sunat sebelum dan selepas Zohor.
Kita yang sihat, ada tak buat solat sunat?
Dan langkah kaki kami pun berlalu pergi dari masjid kerana ada urusan lain pula selepas itu.
Semoga Allah memberikan insan-insan istimewa itu dengan syurga yang tertinggi.
Hati ini sangat tersentuh. Air mata jatuh berkali-kali. Apatah lagi di dalam hati, sudah seperti tertusuk duri.
Amal mana yang nak kita bawa ke syurga? Tepuklah dada, tanyalah diri. Moga mereka sentiasa dalam jagaan Dia.
#iBantuIKRAM
#IKRAMPerlis
#RamadhanKareem
Kita hidup begitu selesa. Turunlah sekali dua melihat kehidupan yang berbeza. Ada sesuatu yang akan kita rasa. Lebih dari biasa, kita tersedar bahawa kita hanya diuji sedikit cuma.
Astaghfirullahal'azim.

No comments:
Post a Comment