Saturday, 20 August 2016

Pengakhiran


Pemuda.

Kuat. Semangat. Tak gentar. Pantang dicabar.

Itulah sosok yang kita mahukan.
Tetapi, sayugia kita lihat ramai yang pada awalnya saja semangat. Akhirnya, terhenti di suatu sudut, rebah barangkali dan tak mampu bangun lagi.

Allahu.

Hari ini aku menyaksikan seorang pak cik yang tampak muda. Bekerja dan berdakwah tak kira masa. Alangkah malunya pada dia.

Kerana aku yakin bahawa pengakhiran yang baik itulah impiannya.

Ya. Kita memang nampak hebat di saat kita punya kudrat. Tapi siapa tahu, suatu ketika kita ditimpa musibah akan rebah akhirnya. Moga kita istiqamah.

Ya muqollibal qulub. Thabbit qolbi ala deenik.

Faghfirlana ya Allah.

Moga dikurniakan pengakhiran yang baik.

#AkuDanRamadhan

No comments:

Post a Comment