Saturday, 20 August 2016

Jalan Orang Mukmin


Ibu bapa kita, bagaimana sekalipun mereka... mungkin tidak seperti yang kita dambakan.. segala kekurangan yang terlihat kerana kelemahan diri kita sendiri.. alangkah lebih hina diri kita sendiri sebenarnya.

Kerana apa?

Kerana kita tidak pernah bersyukur kepada Allah.

Apabila ibu mengizinkan kita tumpang di rahimnya selama 9 bulan. Morning sickness, sakit kepala, loya, muntah dan sebagainya...

Kita sebagai anak, apalagi yang kita mahukan?

Cukuplah bila Allah memberikan sifat kasihnya kepada ibu kerana mengizinkan kita duduk sebentar di rahim ibu. Dan sehingga sekarang masih hidup lagi.

Cukuplah bila seorang bapa mengazankan kita saat kita terlahir di dunia tanpa pernah kita pinta.

Allahuakbar.

#JalanOrangMukmin
#TVAlHijrah


"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata a'yunin waj'alna lil muttaqina imama."

Sebenarnya, segalanya telah tertulis untuk kita saat roh ditiupkan.

Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakireen.

Rancanglah sehebat mana. Rancanglah seberapa lama.


Tetapi, segala kuasa hanya di tangan Allah.

No comments:

Post a Comment