Thursday, 11 June 2015

Ujian Itu Datang Lagi Seperti Tora

Di sebalik segala yang terjadi,
Pasti ada hikmah yang menanti,
Usah terus sedih dan kenang lagi,
Tunggu sahaja khabar gembira dari Ilahi.

Itulah yang aku pegang sampai hari ini,
Mungkin sahaja aku sudah tak ingat Dia,
Mungkin sahaja aku lebihkan dunia,
Tiba saat ini Dia ingatkan aku lagi.

Aku cuma mahu berterima kasih pada Dia.
Mahu terus kuat atas segala dugaanNya.
Mahu terus memuji-muji keesaanNya,
Dan aku tahu kekuatan itu hanya pada Dia.

Buat apa mahu bersangka-sangka,
Bukankah sudah lama difirmankan,
Bahawa Dia adalah seperti sangkaan hambaNya.
Begitulah sifat Maha Pencipta kan.

Usah gelisah usah bersedih hati.
Cukuplah ujian ini membawa kepadaNya kembali,
Di antara segala ujian yang paling kutakuti,
Andai Dia tidak mahu melihatku ku.

Saat itu sudah pasti tiada guna lagi,
Hatta kau punya seisi dunia sekali,
Pasti tak dapat tandingi apa di sisi Ilahi,
Iman kau hancur dimamah bumi.

Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
Ya Allah matikan kami dengan iman,
Ya Allah bangkitkan dengan iman,
Dan masukkan ke syurgaMu dengan iman.


Tuesday, 9 June 2015

Syurga atau Neraka, Mana Satu Pilihan Kita?

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Syurga atau neraka,
Mana yang kau akan pilih?

Kau tahu apa beza antara kedua?
Sangat jauh bedanya, andai saja kau tahu.

Syurga itu untuk sesiapa sahaja yang mencari Tuhannya.
Tak kira dari mana asal usulnya sekali pun dia.
Andai sahaja mereka dapat merasai betapa Maha KasihNya Dia.
Pasti semua berebut untuk terus menerus memohon taubat padaNya.

Neraka itu tertulis untuk mereka yang mengingkari Tuhannya.
Apa yang Dia cakap jangan, itulah yang hamba Dia lakukan.
Yang disuruh Dia, tidak pula rasa nak laksanakan.
Tapi itulah kita sebenarnya.
Di depan manusia mahu kelihatan indah-indah sahaja.
Di hadapan Dia, tidak serupa hamba.

Astaghfirullahal'azim.

Cukuplah kali ini kita melakukan dosa dan maksiat padaNya.
Cukuplah kali ini sahaja kita melambatkan solat kerana dunia.
Cukuplah kali ini sahaja kita berburuk sangka dengan Dia.
Cukuplah. Cukuplah sampai di sini sahaja.

Astaghfirullah. Hainnalah. Ka natawwa ba.
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung.
Dan aku bertaubat kepadaNya.


Terima Kasih Dakwah & Tarbiyyah

Muhasabah.
Terima kasih dakwah dan tarbiyyah.
Aku sangat terhutang budi dengannya.
Dakwah itu mengajar aku segala macam.
Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar angkasa.
Dakwah itu mengajar aku erti syukur.
Dakwah itu menjadikan aku sentiasa mahu jadi yang terbaik.
Kerana yang Allah melihat adalah "ahsanu amala".
Dakwah itu sedang mengeluarkan segala potensi yang ada.
Dan semua itu adalah untuk semua di mana sahaja mereka berada.
Hakikatnya.
Kitalah yang sangat perlukan dakwah ini.
Kitalah, bukan orang lain.
Sekali terlepas peluang,
Tidak tahu adalah ia akan kembali lagi.