Thursday, 31 December 2015

BELAJAR DARI YANG BAWAH, ALANGKAH INDAH!


BELAJAR DARI YANG BAWAH, ALANGKAH INDAH!

Beberapa bulan yang lalu, saya menyertai satu projek membantu gelandangan (Nasi Bungkuih Project) yang dianjurkan oleh The Awesome Community. Program ini selalu dijalankan pada malam Jumaat hampir setiap bulan. Alhamdulillah. Terima kasih pihak penganjur. Anda memang sangat “awesome”.

Sebelum program bermula, para peserta akan dihubungi untuk berkumpul di suatu tampat ( selalunya di dataran FAB atau di tasik berdekatan Pusat Kesihatan UTM). Di sini, para peserta akan bekerjasama untuk operasi pembungkusan makanan dan barangan yang lain untuk diagihkan kepada clients. Kemudian, barulah para peserta akan diagihkan mengikut kumpulan masing-masing. Biasanya satu kumpulan kurang dari tujuh orang. Setiap kumpulan dinasihatkan untuk menempatkan beberapa pelajar lelaki atas sebab keselamatan.

Alhamdulillah, saya bersama ahli kumpulan saya yang lain telah ditugaskan untuk mencari ‘clients’ di sekitar JB Central. Clients itu merujuk kepada para gelandangan. Menjadi satu adab yang perlu kita pelajari agar saling menghormati antara sama lain tidak kira darjat mahupun pangkat.

Antara benda yang paling terkesan bagi saya adalah reaksi beberapa clients kami yang sangat bersyukur ketika mendapat bantuan.

Teringat lagi, ketika mahu memberikan makanan serta barangan lain kepada seorang amoi di tepi jalan. Amoi itu sedang mengutip tin-tin kosong. Pakaiannya biasa-biasa sahaja. Apa yang diungkapkan olehnya membuatkan hati ini terpaku sebentar. Dia tidak mahu mengambil satu pun dari apa yang kami bawa, katanya ada orang lain yang lebih memerlukan. Saya boleh cari makan sendiri.

Inilah nilai yang kita mahukan. Kalau orang biasa pon belum tentu dapat berkata sedemikian. Bahkan, kita dahulu yang berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan. Walaupun, sebenarnya kita tidak memerlukannya pon.

Lagi seorang client kami, lelaki yang dalam kiraan umur 20-an. Tak putus-putus di bibirnya kalimah alhamdulillah. Tak henti mengucapkan terima kasih. Aduhhh... kok kita tak mampu menjadi sepertinya? Kita terlalu sombong dan angkuh. Adab pon kadang-kadang tiada.

Setiap kali menyertai projek gelandangan, pasti ada sahaja sesuatu yang Allah hadirkan untuk dimuhasabahkan. Tidak pernah kering dari tazkirah untuk hati yang seringkali mati ketandusan cinta pada Tuhan. Bukankah Allah pernah berfirman dalam surah al-Maun :

“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ Itulah orang yang mengherdik anak yatim,
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

Sedikit coretan untuk dihayati. Bagaimana seorang yang miskin harta tetapi kaya dengan adab dan budi bahasa. Semoga Allah memelihara mereka. Di antara kita, boleh jadi merekalah yang akan mendahului kita ke syurga.

TEMUKAN CINTA DI TURKIYE

Assalamualaikum wbt.

Haaa. Dengar cerita ramai yang teringin melancong ke Turki. Insya Allah, senang ja. Kalau nak jimat duit sendiri, tak perlu pakai tourguide. Depends, sebab kalau sempat boleh buat research sendiri sebelum pergi kan. Baru kita akan lebih rasa dan teruja sebab kita yang berusaha mencarinya.

Maka, bermulalah episod musafir kita.

Sedikit sejarah yang perlu kita tahu.

TURKI UTHMANIYYAH

Disebabkan oleh kelemahan kerajaan Abbasiyah, maka muncullah kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki. Salah satu pemerintahan di bawah Saljuk adalah Anatolia yang berjaya menguasai kerajaan lain sehingga membentuk Turki Uthmaniyyah.

Uthmaniyyah berasal dari perkataan (nama pengasas kerajaan ini- Uthman bin Ertughrul), iaitu amir kawasan Barat Anatolia yang bersempadan dengan Empayar Byzantine. Byzantine berjaya ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dan bersama-sama luaskan kuasa dan kawasan.

Antara sumbangan Turki Uthmaniyyah :

1) Bertahan sehingga 600 tahun sebagai Empayar Islam
2) Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam
3) Kanun Suleiman diperkenalkan
4) Istanbul menjadi kota perdagangan timur & barat
5) Sistem pendidikan yang mantap
6) Penulisan Ensiklopedia ( Sains Islam)
7) Pembinaan Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul

Namun, pada abad ke -20, empayar Islam merosot. Pemimpin lemah, berlaku keruntuhan sistem cukai serta pemberontakan.

Apabila Turki Uthmaniyyah mengambil alih, Constantinople ditukar nama kepada Istanbul (1453 M). Pada 1526, sebahagian besar wilayah Hungary telah pun berada di bawah penguasaan Uthmaniyyah. Turki Uthmaniyyah mempunyai angkatan laut yang handal di lautan tengah dan melaksanakan tugasnya dengan Perang dengan Spain dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Selepas itu, Algeria dan Tunisia ditakluki. Turki Uthmaniyyah juga menakluki Iraq dan wilayah-wilayah Arab yang lain. Bagi Eropah, kemajuan Uthmaniyyah adalah keganasan Islam.

Apabila Islam sudah mulai lemah (pada masa Ataturk), dia menghapuskan nama kerajaan Uthmaniyyah dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah di Asia dan Afrika hilang kecuali Anatolia yang masih ada dalam wilayah Republik Turki pada hari ini.

OK. SUDAH BOSAN DENGAN SEJARAH! NOTED!

Pertama, sebelum nak pergi ke sana, apakah persiapan yang perlu dilakukan?

Pilih tarikh mana nak pergi. Tengok musim di Turki. Nak best, pilih time yang sejuk sikit-sikit. Bulan November sampai Mac camtu. Berapa lama nak stay sana kena set siap-siap. Tapi, tak kisah pon sebenarnya, cuma kalau dapat pakai jaket ala-ala dok oversea memang best. He. Mana tau, ada rezeki dapat rasa snowy-snowy. ;)



Tiket flight Lufhtansa Airlines
Lepas dah pilih hari, cuba google price list pula. Orang cakap, kalau beli time Matta Fair macam akan murah sedikit. Cubalah tengok dan selalu update, bila-bila sahaja boleh ada promosi. Jangan just sekali ja terus click beli tiket. Kalau yang mampu, tak da hal. Yang macam saya ni, hmmm.. berpuluh kali juga, click click. Hehe. Kalau perlu pergi transit mana-mana lagi murah, silalah berbuat demikian. Gituhhh. Mana tau, time transit tu, pilih yang lama sikit. Boleh jalan di tempat transit tu dulu. Sambil menyelam minum la air kan. Sebenarnya, kena banyak tanya airlines. Boleh ja rasanya, kalau nak extend transit time, kena tambah duit sikit ja insya Allah. Tanya okay. ;)

Ok, dah beli dah tiket or booking dah kan.. Good. Time to focus on tempat pulak. Boleh ja kalau nak search tempat bila-bila masa saja. Tapi, akan lebih excited bila dah beli tiket kan ekeke. Selalunya, untuk nak tahu nak pergi mana, kena la tahu berapa lama akan stay di Turki kan. Selalunya orang akan stay dalam seminggu camtu la. Tapi, saya pernah stay hampir 2 minggu la jugak, sebab banyak pergi tempat luar Istanbul, seperti Pamukkale, Cappadocia, Euphesus dan lain-lain lagi.

Oppsss. Lupa, checklist barang yang perlu dibawa :

1) Passport
2) Euro ( tukar siap-siap)
3) Prefer if ada 2 or 3 bank cards ( just in case of emergency)
4) Al- Quran untuk ditaddabur
5) Baju dan seumpamanya
6) Toiletries 
7) Sweater ( depend on season)
8) Charger (mata 2, with extension)
9) Ubat-ubatan
10) Gloves ( depend on season)
11) Towel kecil
12) Barangan perempuan yang diperlukan
13) Camera ( yang mana ada dah la, tak usah beli baru)
14) Fon jangan lupa. 

Ni apa yang pernah kami lalui selama lebih kurang dua minggu berjaulah ke sana.

Kami bertolak dari Pulkovo Airport pada jam 3 petang 23 Jan 2013.


Jangan lupa bawa buku. kbai.


Sementara menunggu flight. Mari ambil gambar dulu



Flight kami pukul 6 pm menaiki Lufthansa Airline. Alhamdulillah. Selamat transit di Munich pada jam 5.50 am selama 2 jam 40 min. Sempat solat subuh di surau yang disediakan. Takda la surau sangat, namanya tempat ibadat. Campur agama. Jangan pelik ya. Itu perkara biasa. Yang penting kita sujud pada Allah yang Esa. Itu sahaja tempat yang paling bersih dan selamat insya Allah.


Erkkk. apakah?


Tak sempat nak baca al-Quran dalam flight? Boleh baca di sini.

Ting ting ting. Ok, hampir mendarat di Lapangan Terbang Ataturk. Sampai sahaja di airport, apa lagi, ambil bagasi dan terus mencari teksi. Ok, harganya not so bad. Dah tak ingat berapa Lira. Tapi sebab kami kongsi 5 orang. Quite okay.



Lella pop dah semangat dah ni nak turun. Tengok apa tu?


Kami telah menginap di Stray Cat Hostel. Haaaa... Ini dekat ja dengan Taksim Square. Jalan kaki saja akan sampai. Tapi, biasalah. Pengalaman mematangkan kita kehkeh. Ditipu pak cik teksi kena caj mahal gilaa. Anggaplah ianya satu tarbiyah. 

First thing first, sampai sahaja di hostel, haruslah minta map dari owner hostel tu. Jeng jeng jeng. Pastikan anda power ya tengok map. Nanti sesat kan susah.

Setelah selesai mandi, solat jama' dan sebagainya, maka tibalah masanya kami berjalan-jalan di Taksim Square. Boleh tahan la harganya. 



Jalan-jalan jap.
Sedapnyaaa. kebulur sgt time ni. hmmm


Trem terpendek di dunia eh!


Area stesen tren Findikli.

Ni tentatif jaulah kami :

24 Jan 2013

8.00 am : Keluar ke Masjid Biru dan kawasan sekitarnya ( naik trem dari Findikli ke Sultanahmed)

9.00 am : Masuk ke Topkapi ( 20 TL)

10.45 am: Masuk ke dalam Hagia Sofea



Boleh tahan mahal. Tunjum kad student pon tak dapat discount. Sobss!
SubhanAllah.

Apa yang dibuatnya? Kepercayaan mereka.


12.30 pm: Solat Zohor di Masjid Biru (solat jama')


Ramai sangat-sangat! Jangan terkejut kalau tengok depa solat tak macam kita,

1.25 pm : Tak jadi pergi ke makam Eyeb ( tak sempat nak cari di mana). So, kami pergi ke Topkapi Palace.
Atas bukit. Area Topkapi.

Acah-acah pro!

Geng pashmina!

4.00 pm : Pergi melawat makam Sultan Al Fatih ( Makam Sultan Al Fatih ini terletak bersebelahan dengan Masjid Fatih). Terdapat 2 option untuk pergi ke sini.

Option 1: Naik trem ke Aksaray. Kemudian jalan ke hadapan lagi sampai nampak Valen Aqueduct. Kemudian, jalan lagi ke atas bukit selama 15 minit sehingga nampak Masjid Fatih. 

Option 2 : Ada juga bas sebenarnya, naik sampai Beyazid (No 38). Selepas itu, akan nampak Masjid Fatih.



Masji Fatih. Tenang sangat-sangat di sini.

Makam Sultan Al-Fatih
5.00 pm : Balik menyinggah di Stesen Sikerci ( stesen keretapi, di mana di sinilah Sultan Hamid II dibuang negara). 

hurmmm.

Di sini, terkenal dengan cotton candy yang memang rugi kalau tak beli. Tak mahal sangat. Okay la. Kalau lapar, cari ja restoren mana-mana di situ. Rasalah ikan bakar diorang. Walaweh. Meleleh ayaq liuq.


Haihhh. teringat ikan ni!

Terlupa pula. Di sini, boleh dapatkan tiket untuk tengok tarian sufi. Tarian sema namanya. Kalau berminat la, sebab boleh tahan mereput dalam minat. i olls kurang minat seni-seni ni. hehe.


Tarian sema
8.00 pm : Bolehlah kalau nak pulang sekarang. Esok nak berjalan lagi. Kalau jalan depan sikit, akan nampak Galata Tower. Kami tak sempat nak naik. Huhu.


Hari kedua, semakin mencabar. Haha. Kami baru gugel macam mana nak pi Dolmabahce. Lol. Ok. Alhamdulillah di Stray Cat Hostel tu ada disediakan wifi percuma. Base on peta dan bantuan gugel, kami dapat jumpa metro mana yang terdekat untuk gerak ke sana dari stesen trem Findikli. Niat di hati mahu menaiki cruise ke Bursa, tapi, trip dah habis. Nak naik esok, memang dah tak sempat. So, guys... beli tiket siap-siap okay. Check timing boat berlepas dalam internet. Hari pertama sampai, sudah pergi tempat kaunter untuk beli. Memang best, kalau dapat pi Bursa. Ada orang cakap, best kalau shopping di sana. Ok, perempuan sangat kan. 

Dalam Dolmabahce ini, tak boleh ambil gambar. Hmmmm. Rugi. Tapi, ada tour guide yang akan bawa kita ke dalam. Ya la, kan dah bayar mahal untuk masuk. Senireka istana ini sangat Islamik. Haaa, memang wajib masuk ya. Dolmabahce ni, terletak di tepi laut. Kalau naik cruise yang merentasi sempadan Asia dan Eropah, memang akan nampak. Atas cruise nanti, boleh buat penggambaran.


Dari sudut sisi.

Ni masjid yang kami singgah ketika pulang dari Dolmabahce.


Megah. Mahal sangat ni!
Depan Istana Dolmabahce.

25 Jan 2013

9.30 am : Bergerak ke Dolmabahce. sebelum sampai di sana akan ada satu masjid unik. Nanti Zohor, boleh la solat di situ ya.

11.00 am : Dapatkan tiket dulu ya. Beratur jugak la. Sangat ramai. Sabar menunggu turn. Sementara itu, bolehlah selfie eh. Wefie atau apa sahaja yang nak buat. Sangat berangin. Ya laa.. tepi laut. Nak shooting ni memang terbaik la. Haha.Ok, saya hanya melawak.

11.30 am : Masuk ke dalam Dolmabahce selama sejam lebih kot.

12.45 pm : Boleh la siap-siap untuk solat. Lepas ni, kita pergi melawat tempat lain pulak okay. Opps, kita naik cruise weehoooo. 


Merenung ke luar jendela...
Petang tu dah kena gerak ke tempat membeli tiket untuk ke Cappadocia. Bas akan mengambil di hadapan tempat beli tiket di kawasan Taksim Square. Alhamdulillah selamat naik bas dan selamat tidu dunia. Hehe.

Cappodocia : Luar biasa indahnya, lebih dari khayalan sebelumnya.


SubhanAllah.

Pagi itu kami tiba di Stesen Bas Cappadocia. Macam biasalah, mula sekali dengan muka tidak mandi itu terus jadi jakun jap. Memandang ja merata-rata tempat. Kosong. Kosong. Kosong. 

Okay, di mana kami harus mencari hostel yang kami telah tempah itu. Maksud sebenar kami hanyalah untuk check in beg tarik kami ni haaa. Macam biasalah, perempuan kalau pergi bercuti memang bawa beg berlebihan, katanya nak beli macam-macam untuk dibawa pulang. Krik krik krik.

Jalan punya jalan, jalan dan terus berjalan lagi… Out out out! Oh mai. Anjing menyalak. Boleh tahan banyak anjing di sini. Yang peliknya, ini kan kawasan kebanyakannya Muslim. Ok, tinggalkan sementara cerita anjing tersebut. Alhamdulillah. Kami jumpa hostel tersebut. Hostel yang sangat unik sebab memang seperti gua.  Harga yang sangat-sangat berpatutan dan siap boleh pergi dapur dia, nak makan atau masak apa-apa. Kami minta untuk ‘check in’ awal sedikit. Alhamdulillah, disebabkan tiada orang sebelumnya, maka dapatlah kami ‘check in’ awal sikit kan. Syukur.  Hebat perancangan Allah di sebalik perancangan kita.


Bersama owner Cave Hostel yang sangat baik hati.

Kami check in di sana selama dua hari semalam sahaja. Setelah bersuka ria dan menikmati alam ciptaan Dia, sangatlah tidak cukup sebenarnya dua hari itu. Macam-macam benda best yang patut kita ‘explore’. Boleh naik skuter, basikal, ATV dan sebagainya. Best sangat-sangat. Kalau nak ke tempat yang ukir-ukir bangunan atas bukit tu, kami just jalan kaki. Haha, jimat sikit duit. Tapi sebenarnya, itulah cara yang paling mustajab untuk kita tadabbur alam di sekeliling. Bukitnya yang sangat subhanAllah. Lain-lain warnanya.  Kawasan yang sangat lapang dan luas. Indah mata terpandangnya.

Nak dijadikan cerita, di Cappadocia tu ada sebuah kedai tau. Kedai ala-ala Indon. Boleh order nasi goreng okay. Haha. Kan rindu Malaysia. 


Nak order apa tak tau.. hmm

Haaa. amik kau! makan puas-puas! Opps. jangan! Nanti habis duit.
Bersama owner kafe. Kahwin dengan orang Indon.
Setelah berpenat-penat naik basikal, jalan-jalan pusing kawasan, maka kami pun pulang. Hot air balloon di atas hanya melambai-lambai. Mahai naaa. Nak dekat RM800. Okbye. 


Kami di Cappadocia sehari setengah saja. Kalau diberi rezeki oleh Allah lagi, nanti nak stay lama sikit di sini. Huhu. Best sangat. Alam ciptaan Allah yang  terlalu unik. Shooting pon best ni. Eh, asyik shooting saja. Kbai.

Malam yang kedua tu kami dah kena bertolak ke Selcuk.


SELCUK

Selcuk's Otogar ( Bus terminal) - Izmir's Buyuk Otogar with minibuses departing every 15-20 minutes (10 Lira). From Selcuk to Ephesus hanyalah 10 minit, lebih kurang 3 km camtu la.

Selcuk adalah pintu masuk St Jean ( Gereja lama di atas bukit). Kalau dari St Jean, akan dapat lihat Masjid Isabey. Just jalan 10 minit, kemudian sampai.
Dulu-dulu.



Berlakon sangat!

Tempat Gladiator bertarung! haa. cari sejarah!



Terdapat juga Museum Ephesus di Selcuk. Kalau naik bas ( dalam 10 minit), anggaran harga 2 Lira. Tapi, kami naik van ramai-ramai. Semasa menyulusuri jalan ke Ephesus, akan dapat lihat papan tanda rumah Maryam dan Yadi Uyuyanlar ( 7 pemuda ehabul kahfi). Di sana juga ada teater Ephesus. Library of Celcius - dahulu pernah menempatkan beribu-ribu scroll dan digelar Gerbang Ilmu. Sudah tentu semua ini hanya tinggal sejarah dan hanya kenangan yang terabadi untuk ditontoni.

Sebelum sampai di Selcuk tu, kita singgah dulu ya di Pamukkale.
Pamukkale

Ada apa dengan tempat ni?


Haihhh. rindu aihh.

Kalau gerak dari Denizle dalam 30 minit camtu la (19 km from Denizle), ada ladang-ladang buah-buahan yang sangat luas. Best sangat. Rugi kalau tak berhenti beli buah orennya yang sangat sedap dan manis. Tak lupa juga buah tin yang terlalu murah bagi saya. 

Keunikan Pamukkale adalah bentuk muka buminya yang putih. Pamukkale bermaksud Istana Kapas in Turkish dan ianya adalah salah satu dari World Heritage Site oleh UNESCO. Pamuk = kapas.


Hoho!
Berdekatan dengan itu, terdapat Kota Lama Hierapolis. Jalan punya jalan, lastly insya Allah akan jumpa satu kedai cenderamata. Orang kata beli di sini murah, sebab banyak yang produknya dikeluarkan di sini. Beli jangan tak beli. Kami hanya mampu beli fridge magnet aje.Kbai.


Sejarah hanya tinggal batu-batu.
Otw balik. singgah jap.


Kemudian, tak jauh dari situ.. barulah kami tiba di Kota Lama Ephesus.

Keciknyaaaa.

Sejarah yang hanya tinggal kenangan, bangunan dan seumpamanya.

Ada cerita di sebalik ini. Haaa. carilah sendiri ya. Selamat mencari.


Di tengah perjalanan. Singgah sekejap. Semua ada sejarah! St Mary katanya.

Sudah tamat. Eh, mana boleh lagi. Kita belum shopping lagi di Bazaar Karat. Eh, Spice Bazaar dan bazaar berhampiran. Banyak yang nak beli ni. Hee.

Ok, maknanya kita akan ke Istanbul semula untuk memenuhkan ruang beg yang kosong ini. Eh, kosong k? Apa korang rasa nak beli, beli aje. Harganya jangan lupa minta kurang. Kebanyakan peniaga di sana memang pandai cakap Bahasa Melayu. Sampai pernah terdengar, ketika berjalan membelek barangan, " Saya sayang kamu". Eh, eh! Apakah?


Sedih sangat bila terfikir kena tinggalkan Turki. Hmmm. Apakan daya. Hidup mesti diteruskan. Jom.. menghayati masjid biru time malam pula. Menggamit memori sikit.


Kalau di sana, jangan just niat satu saja. Niatlah sebanyak mungkin. Niat juga nak belajar budaya orang sana. Ambillah nilai-nilai yang baik dari sesiapa sahaja.

..............

Wednesday, 2 September 2015

Privyet Rossiya 1.0


Dobro pozholovalt!

Welcome to Russia!

Pertama kali melangkah ke luar negara. Negara yang orang kata, whoaaaa.. sejuknya! Aku bersama rakan-rakan yang lain mula menunggu di ruang "Baggage Claim". Semua kelihatan begitu penat dan pada masa yang sama terpaksa berdiri lama di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Moscow. Aku ingat bagasi akulah yang paling besar, seberat 34 kilogram. Rupanya, ramai lagi sebenarnya yang berat-berat belaka. Apabila berjumpa seorang senior Moscow Aviation Institute(MAI) di asrama tumpangan kami, masih segar dalam ingatanku kata-katanya,"Eh, adik bawak sekali lesung batu ke ni? ". Aduh. Malu pula rasanya. Geli hati pun ada bila teringat kenangan itu.

            Seusai solat jama' dan membersihkan diri, kami dijemput ke ruang yang tersedia di asrama MAI. Masih ingat lagi, kami yang terkandas dari makan nasi hampir seharian sudah mula mengaum kelaparan. Bagai mengantuk, disorongkan bantal pula. Sedapnya nasi ayam itu tidak terkata. Alhamdulillah. Begitu indah sekali nilai murni yang ditunjukkan oleh para pelajar atasan di sana ketika menyambut tetamu yang jauh ini. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak ganjaran yang baik kepada mereka semua. Amin.

          Keesokan harinya, kami dibawa ke Kedutaan Moscow dengan menaiki sebuah bas. Perjalanan yang agak jauh aku rasa. Masih aku ingat satu peristiwa yang berlaku di atas bas pada hari kejadian. Disebabkan tidak tahu bahawa di dalam bas tidak boleh makan dan minum, aku dimarah oleh pemandu bas itu. Aduhai... belum lagi sampai ke destinasi sudah macam-macam.

          Sampai sahaja di sana, kami bersarapan terlebih dahulu memandangkan semua orang kelihatan sangat lapar. Mujurlah di sini kami disajikan dengan makanan Malaysia. Indahnya hidup ini ketika itu kerana bersungguh-sungguh makan. Maklumlah, mungkin ini kali terakhir makan makanan Malaysia yang cukup sifatnya.

         Makan sudah, tibalah masanya kami diberi taklimat tentang aspek keselamatan di Bumi Soviet itu. Penerangan tersebut disuarakan oleh salah seorang pegawai MARA yang ditugaskan di sana. Selesai semua, kami dibawa pulang ke asrama asal kerana sebahagian dari kami masih belum sampai ke destinasi sepatutnya, iaitu Saint Petersburg. Dan akulah antara sebahagian pelajar baru itu.

        Gementar. Takut. Kerana hanya berbaki 13 orang sahaja. Untuk penerbangan domestik, semestinya kami, golongan yang harus mengurangkan berat bagasi perlu membayar lebih untuk dimasukkan ke dalam kargo. Syukur, tidaklah semahal yang disangka.

        Dari atas, kelihatan satu kota berhampiran laut ketika di udara selama lebih kurang 50 minit. Ya. Itulah tempat belajarku selama empat tahun. Cantik. Tetapi, bila tiba di Lapangan Terbang Pulkovo, Saint Petersburg, anganku menjadi kabur. Lapangan terbangnya yang kurang selesa terpaksa kami redha. Alhamdulillah, kami dibawa ke asrama sementara dengan menaiki sebuah masyrut atau di sini orang panggil van besar. Perjalanan tidak jauh, hanya memakan masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di sana.

       Apartment. Wahhhh. Seronok benar aku ketika itu. Mahu tidaknya, kusangka akan tinggal di sana bersama rakan-rakan sama jantina. Jumlah hanya lima orang. Sangkaanku meleset buat kali kedua. Rupanya kami terpaksa tinggal bersama pelajar lelaki juga. Apakah yang berlaku sebenarnya? Boleh cari gaduh ni. Haha. Apakan daya, terpaksa akur dengan keputusan orang atasan. Kerana kata mereka, hanya untuk dua bulan sahaja sebelum dipindahkan ke asrama sebenar. Padahal, terasa sangat rimas dan cemas semestinya. Allah sahaja yang tahu.

To be continued...


Mujahid Training

Assalamualaikum.

Salam Mujahid Training!

Dalam masa dua minit, sila ceritakan pada kawan-kawan non-Muslim anda mengenai Islam.

Agak-agaknya, apakah yang mahu kita ceritakan?

Erkkkkk... Lidah saya pada mulanya tersangatlah kaku. 

Saya hanya mampu berbicara sepertinya Islam itu agama yang begitu indah. Sempurna segalanya.
Apa-apa yang tidak baik, bukanlah dari Islam. Itu sahaja yang dapat saya kongsi ketika itu.

Sejak itu, aku banyak muhasabah.

Kenapa aku tak bercerita semuanya tentang Islam itu?

Aduhhh.. gawat nih kalau nanti ditanya Tuhan.. 

Mujahid training adalah salah satu latihan asas untuk kita tahu bagaimana cara berdakwah yang betul. Terutamanya dakwah kepada yang masih belum Muslim. Kita doakan mereka semua dikurniakan Allah petunjuk dan hidayahNya. Amin.

Sebab aku ada ramai jugak, ramai non-Muslim, jadi aku tak mahu nanti di akhirat, bila ditanya Allah... ada tak aku menyeru mereka kepada Allah. Allahu.. Tak dak jawapan nanti aku rasa.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Aku telah mulai secara perlahan bagaimana menyantuni mereka yang masih belum bergelar Muslim.

Antara yang aku pelajari adalah :

Jika mahu bercerita tentang Islam, bukanlah seperti mengajar orang, tetapi lebih santai dan berbentuk perkongsian. Itu lebih senang diterima dan lebih indah kelihatannya. SubhanAllah.

1) Islam - Apa itu? 
Berasal dari kata Arab (kata akar) :

a) salama - aman, sejahtera
b) salima - suci
c) aslima - total submission to only God, one God. Allah.

2) Muslim - orang yang menganut atau mengikut ajaran Islam.

3) Muhammad - seorang manusia biasa, yang dipilih Allah untuk menjadi utusan yang menyebarkan ajaranNya kepada seluruh manusia.

4) Al- Quran - kitab yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di dalamnya terkandung manual hidup.

5) Allah - Tuhan yang Satu yang Maha Esa. Boleh rujuk surah Al-Ikhlas untuk menceritakan tentang Allah.

Allah yang Satu. Tiada Tuhan selain Dia. Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
KepadaNya sahajalah manusia sembah dan memohon pertolangan.
Dan satu pun di dunia ini yang menyerupai Dia.

Kelima-lima ini adalah salah satu perkara asas, bila kita bercerita mengenai Islam.

Boleh cuba praktiskan. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk terus belajar menyantuni mereka. Paling tidak, melalui akhlak yang indah seperti yang Rasulullah s.a.w bawa.

Allahuakbar.

Sekian sahaja untuk slot kali ini.

Malaysia Menuju Negara Rahmah Menjelang 2020.

Thursday, 27 August 2015

Hilang




Pernah tak rasa seperti hilang sesuatu?

Semalam perasaan tertekan itu hadir.
Hari ini, Allah hilangkan.

Tanpa sempat kita mengucapkan syukur pada Dia.
Terlebih dahulu dia menebarkan cintaNya seluas-luasnya.

Tanpa sempat kita memberi kepada yang lebih memerlukan,
Terlebih dahulu Dia memberikan kita segala nikmat serta ketenangan.

Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan?
Andai dihitung seluruh nikmat Tuhan, tak bisa dituliskan.


Wednesday, 26 August 2015

Wahai Insan!


Wahai insan!
Tidaklah kau lelah.
Memikirkan segala ujian menimpa.
Kenapa tak serah saja pada yang Esa.

Wahai insan!
Kenapa terlalu berfikir tentang dunia?
Sedang ianya hanya sementara.
Akhirat pula kau buat-buat lupa.

Wahai insan!
Aku mohon padamu.
Kembalilah kepada fitrah.
Yang Tuhan berikan.
Mungkin kau tak rasa itulah yang terbaik.
Tapi Allah menjanjikan kemanisan.
Percayalah dalam hati kau.
Itulah namanya iman.

Allah.
Allah.
Allah.
Ya Allah.

Aku lemah.
Aku sudah penat dengan semua ini.
Hampir sahaja aku berlepas dari segala.

Tapi,
Aku tetap membaca firman dariNya.
Oh! Indahnya aturanMu ya Tuhan.
Tak tercapai akal berfikir tentangnya.

Aku cuma mahu menjadi seorang manusia.
Yang dikatakan sebaik-baik kejadian.
Bukannya seorang serigala jadian.

Aku.
Lemah.
Kalau.
Engkau.
Tiada.
Di sisiku.

Allah.
Allah.
Allah.
Ya Allah.

Duhai insan yang bernama si fulanah.
Aku harap engkau bisa mengerti.
Untuk siapa aku tujukan ini.

| Curhat & Jiwa Hamba Pendosa |

Tuesday, 25 August 2015

Nak Solat di Mana Ni?


Akhirnya...

Berjaya menjejakkan kaki ke Monte Carlo.
Ingat Monte Carlo, ingat Formula 1.
Eh!

Waktu tu masih pagi.
Mula berjalan-jalan.
Walaupun, 
Tak tahu di mana sebenarnya kami berada.

Aku, Nina, Meejay dan Aishah.
Kami berempat.
Jalan punya jalan, sampai la satu kawasan ni.

Atas bukit.
Cantik sangat pemandangan di situ.
SubhanAllah.


Penuh Warna dan Makna


Bumi Soviet yang indah belaka.


Benarlah.
Kata mereka,
Bumi tarbiyyah itu banyak mengajar kita.
Menjadi manusia yang berjiwa Muslim.

Ingat lagi.
Ketika pertama kali melangkah ke garisan pemisah bumi Eropah.
Itu pertama kali dalam hidup.
Dan itulah cita-cita aku sejak dari bangku sekolah lagi.

Dulu,
Mahu "fly" ke luar negara sebab tengok "senior" sekolah,
Seronok sangat, boleh main-main salji,
Boleh "post" banyak gambar best..
Aduh, sedikit dengki di situ.
Jeles katanya.

Tapi,
Cara Allah memilih sama.
Seperti mereka.
Yang membezakannya adalah,
Bagaimana cara Allah membawa aku ke sana.
Bukan mudah.

Saja aku mahu berkongsi.
Abah aku mati-mati tak benarkan aku pergi.
Aku hanya mampu menangis dalam malam kelam.
Hanya mampu berdoa pada Tuhan.
Aku rasa seperti sia-sia aku belajar.

Mak,
Kata aku,
Pujuklah abah.
Pujuklah abah.
Pujuklah abah.

Dengan berkat doa mak mungkin,
Akhirnya, abah benarkan aku pergi.

Dan aku terus keluar dari matrik.
Semangat sangat nak pergi.
Tiba sangat aku masuk ke Unikl MIAT.
Krik krik krik.

Cuak pun ada.
Tak kenal siapa pun.
Dapat bilik pon kongsi dengan senior.
Lagi bertambah gelabah.
Aduh.

Setahun rupanya di MIAT.
Macam-macam pengalaman.
Ada suka, ada duka.
Seperti kau jua.

Hujung bulan Jun,
Flight kami untuk terbang ke Rusia.
Fuhhhh!!

Ingat beg aku paling berat,
Eh! Rupanya ada lagi yang lebih berat dari aku.
Okay fine.

Sampai di Rusia.
Aku masih seperti insan biasa.
Tak kenal,
Tarbiyyah itu apa,
Penting sangatkah aku "join" usrah yang poyo tu?
Ganggu masa belajar aku pulak.
Eh! Belajar ka?
Bye...

Rupanya...
Lama-lama,
Baru aku sedar.
Indah sangat cara Allah mendidik aku mejadi hamba Dia.
Macam-macam Allah bagi ujian.

Tahun pertama,
Eh! Lutut "dislocated".
Masa tu, 
Aku masih tak mampu bersangka baik dengan Tuhan.
Apa-apa an ujian Dia bagi.
Aku buat dosa apa sampai Dia uji camni.
Sedih sangat sangat.
Hmmm....

To be continued.

Episod Dacha Yakhroma



Jaulah Syitawiyah 2012. DACA YAKHROMA. Adalah OSEM! Alhamdulillah. All praises only to Allah. Jazakumullahu khayran katheeran.Mudah-mudahan, dgn izin Allah, kita mampu menebar cinta Allah di jalan dakwah dan tarbiyah kerana we love ISLAM! 
jumpa lagi di jaulah-jaulah yg akan datang! ♥ ♥ ♥