Wednesday, 2 September 2015

Mujahid Training

Assalamualaikum.

Salam Mujahid Training!

Dalam masa dua minit, sila ceritakan pada kawan-kawan non-Muslim anda mengenai Islam.

Agak-agaknya, apakah yang mahu kita ceritakan?

Erkkkkk... Lidah saya pada mulanya tersangatlah kaku. 

Saya hanya mampu berbicara sepertinya Islam itu agama yang begitu indah. Sempurna segalanya.
Apa-apa yang tidak baik, bukanlah dari Islam. Itu sahaja yang dapat saya kongsi ketika itu.

Sejak itu, aku banyak muhasabah.

Kenapa aku tak bercerita semuanya tentang Islam itu?

Aduhhh.. gawat nih kalau nanti ditanya Tuhan.. 

Mujahid training adalah salah satu latihan asas untuk kita tahu bagaimana cara berdakwah yang betul. Terutamanya dakwah kepada yang masih belum Muslim. Kita doakan mereka semua dikurniakan Allah petunjuk dan hidayahNya. Amin.

Sebab aku ada ramai jugak, ramai non-Muslim, jadi aku tak mahu nanti di akhirat, bila ditanya Allah... ada tak aku menyeru mereka kepada Allah. Allahu.. Tak dak jawapan nanti aku rasa.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Aku telah mulai secara perlahan bagaimana menyantuni mereka yang masih belum bergelar Muslim.

Antara yang aku pelajari adalah :

Jika mahu bercerita tentang Islam, bukanlah seperti mengajar orang, tetapi lebih santai dan berbentuk perkongsian. Itu lebih senang diterima dan lebih indah kelihatannya. SubhanAllah.

1) Islam - Apa itu? 
Berasal dari kata Arab (kata akar) :

a) salama - aman, sejahtera
b) salima - suci
c) aslima - total submission to only God, one God. Allah.

2) Muslim - orang yang menganut atau mengikut ajaran Islam.

3) Muhammad - seorang manusia biasa, yang dipilih Allah untuk menjadi utusan yang menyebarkan ajaranNya kepada seluruh manusia.

4) Al- Quran - kitab yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di dalamnya terkandung manual hidup.

5) Allah - Tuhan yang Satu yang Maha Esa. Boleh rujuk surah Al-Ikhlas untuk menceritakan tentang Allah.

Allah yang Satu. Tiada Tuhan selain Dia. Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
KepadaNya sahajalah manusia sembah dan memohon pertolangan.
Dan satu pun di dunia ini yang menyerupai Dia.

Kelima-lima ini adalah salah satu perkara asas, bila kita bercerita mengenai Islam.

Boleh cuba praktiskan. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk terus belajar menyantuni mereka. Paling tidak, melalui akhlak yang indah seperti yang Rasulullah s.a.w bawa.

Allahuakbar.

Sekian sahaja untuk slot kali ini.

Malaysia Menuju Negara Rahmah Menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment