Saturday, 20 August 2016

Sneaker vs Stiletto

Sneakers 󾓌 Vs Stiletto 󾓖

Pergaulan (Ikhtilat)

Ungkapan bahasa arab : Bergaul
tetapi ia berbeza (hikmah).

Tak kisah dah kahwin atau tak, tak boleh elak isu ikhtilath (batas-batas pergaulan).

Wanita sekarang, wanita bekerjaya. Releven untuk sneakers(lelaki) 󾓌 atau stiletto(perempuan) 󾓖

Batas-batas pergaulan:

1. Jika ada bantuan diperlukan, carilah sama jantina dahulu. Sebolehnya elak yang lain jantina kecuali kerja-kerja yang berat dan tidak mampu lakukan. Jika mahu bantuan sekalipon, guna perantaraan dengan bahasa yang formal. Tak perlu emoticon kenyit mata 󾍇, sengeh, dan sebagainya. Kalau perlu call ☎, itu last choice. Suara tak boleh lunak-lunak sampai bergetar tulang rusuk. Asyik nak bergetar aje. Tundukkanlah hati. 󾍃󾍃󾍃

2. Bila bergaul dengan lain jantina, 🤗🤗🤗 banyakkan berdoa, supaya Allah jaga kita. Takutlah dengan Allah.

3. 🙁 Tundukkanlah pandangan. Eye contact hanya boleh bila diperlukan. Kerana dari mata akan turun ke hati. Tabir bukan hanya secebis kain tapi juga bermaksud tabir hati.

4. Jangan berduaan. Bukan sekadar kawan kelas... bahkan ahli keluarga dan saudara mara juga. Jangan ambil ringan.󾠩

5. Cepat-cepatkanlah urusan. Tak perlu tanya-tanya lebih. 󾰬

Salah faham tentang isu iktilath :

󾍃󾍃󾍃Relevenkah zaman sekarang? Bagaimana Nabi Musa berjalan di hadapan wanita (anak Nabi Syuib).... masih adakah zaman sekarang.

Maqasid syariah :

Kenapa al-Quran diturunkan sedemikian rupa?

Allah Maha Tahu manusia ini persisnya seperti apa..

󾍄󾍄󾍄Pandangan Barat sangat berbeza. Janganlah terlalu ikut mereka.

Ikhtilath adalah penting kerana ianya adalah sebahagian daripada Maqasid Syariah.

🙂Sejak pada zaman Nabi Adam sampailah zaman Nabi Muhammad, keturunannya dijaga walaupon syariahnya berbeza.

Dalam dunia sebenar, inilah penyebab keruntuhan sesebuah negara. Berlaku dengan sangat cepat dan terus menerus merebak. Hingga ada officemate ada hubungan dengan orang lain walaupun sudah berkahwin. Ini kerana isu ikhtilath.

󾠩 Bab hati : Berkait rapat dengan isu ikhtilath. Kita tak boleh kawal.

Bab luaran : Fizikal. Boleh beri kesan kepada hati. Dari sudut pemakaian 󾓛󾓏󾓐󾓕,  suaranya, lenggoknya dan lain-lain lagi.

Contohnya, tabarruj. Contohnya juga selfie dengan gaya menggoda walaupun menutup aurat penuh sekalipon berniqab. Jika muka dan tapak tangan tidak juga mampu menyelamatkan nafsu lelaki, haruslah berpurdah. Mungkin sebab terlalu cantik.

Contoh lagi adalah jika dalam masyarakat luar, si abang selalu memandang pelik dan semacam kepada adik perempuan sendiri, maka si perempuan kenalah menjaga diri. Mungkin perlu pakai tudung atau jika lebih berlarutan lagi maka perlulah pindah ke tempat lain. 󾟥󾟥󾟥

󾌵Bagaimana menangani ikhtilath di alam siber?

🤐👥🗣󾟙🏻󾆶Ada FB, Twitter,Whatssap, Instagram dan sebagainya. Poking2, tagging2, emoticoning2, twitting2 dan sebagainya.

Zaman dulu, main sms dan email. Tak tahu bila baca. Sekarang dah ada last seen. 🤔

󾌸󾌸󾌸󾌸Bila kita besar, kita perlu ubah diri. Kalau dulu tak jaga ikhtilath, sekarang kenalah jaga ikhtilath.

Kalau pilih gambar, mesti nak pilih gambar yang paling cantik. 󾌦

󾍂Dia baru balik surau.. Ohh, dialah bakal imamku. Jagalah hati.

Jika ada nak tanya sesuatu, tanyalah di group. Itu yang lebih baik.

🕵Soalan bonus :

😎Dalam kita menjaga ikhtilath, kita tak kenal orang itu, orang itu tak kenal kita, bagaimana nak kenalinya jika mahu berkahwin dengannya.

Firman Allah : Dalam surah An Nur. Seorang yang baik untuk yang baik juga.

󾌾😇😇Dalam fasa nak bertaaruf dan berkenalan, Islam tidak menghalang untuk bertunang.

Nabi juga menyuruh sahabat yang mahu menikahi wanita ansar melihat wajahnya terlebih dahulu. Lihatlah dahulu, kenalinya dahulu. Bukan mengendap dia ye. 󾰴󾰴󾰴Gunalah perantaraan. 󾌮 Perantara yang faham apa maksud ikhtilath. Gunalah cc jika mahu berhubung. Sekarang ada whatssap group. Kadang ada juga ibu ayah yang kurang memahami isu ini. 󾌳Maka, gunalah talian hayat yang terakhir iaitu benteng keimanan.

󾌧󾌧󾌧Perasaan cinta memang fitrah, ianya ada. Bagaimana menguruskannya adalah lebih penting. Gunakan naqib atau naqibah. Jangan memandai-mandai awal kerana mungkin dia sudah berpunya. Itu lebih menjaga dan jika tertolak, masih mampu tersenyum. Mungkinlah. 󾍃

🙃Darurat : Dibolehkan.Jika melibatkan nyawa. Tapi berpada-padalah.

󾌥Tabarruj : Bukan tak boleh, jika menarik kaum lelaki maka tidak boleh. Jagalah maruahmu wahai wanita.

󾆳Orang sekarang pelik, bila kita tak ada boyfriend. Macam mana orang nak masuk meminang jika tiada pakwe. 󾆐

󾆴🏻󾆴🏻󾆴🏻Yakinlah. Jodoh sudah ditentukan Allah. Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah pernikahan.

󾍒🏻Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik 󾆵🏻. Nak dapat yang hebat, kita dulu jadi hebat. 󾭞🏻󾭞🏻󾭞🏻

(Surah Furqan : 74)- Doa jodoh. 󾆠

☺Jagalah Allah, pasti Allah menjagamu.

󾒱Jika kita mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia, kita tak kan mampu mencapainya jika melanggar aturanNya.

󾍑🏻Tidak ada istilah couple dalam Islam. Jagalah hati kita untuk Allah. Pasti Dia takdirkan yang baik-baik untuk kita. 󾌾󾌾󾌾

Jalan Orang Mukmin


Ibu bapa kita, bagaimana sekalipun mereka... mungkin tidak seperti yang kita dambakan.. segala kekurangan yang terlihat kerana kelemahan diri kita sendiri.. alangkah lebih hina diri kita sendiri sebenarnya.

Kerana apa?

Kerana kita tidak pernah bersyukur kepada Allah.

Apabila ibu mengizinkan kita tumpang di rahimnya selama 9 bulan. Morning sickness, sakit kepala, loya, muntah dan sebagainya...

Kita sebagai anak, apalagi yang kita mahukan?

Cukuplah bila Allah memberikan sifat kasihnya kepada ibu kerana mengizinkan kita duduk sebentar di rahim ibu. Dan sehingga sekarang masih hidup lagi.

Cukuplah bila seorang bapa mengazankan kita saat kita terlahir di dunia tanpa pernah kita pinta.

Allahuakbar.

#JalanOrangMukmin
#TVAlHijrah


"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata a'yunin waj'alna lil muttaqina imama."

Sebenarnya, segalanya telah tertulis untuk kita saat roh ditiupkan.

Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakireen.

Rancanglah sehebat mana. Rancanglah seberapa lama.


Tetapi, segala kuasa hanya di tangan Allah.

Stiletto Merah



" Woi, sakitnya tumit kaki. Adoi! Nak melawa pon, terseksa! "

Haaa, siapa suruh pakai high heels? Ok, jangan marah wahai si penggemar kasut tumit tinggi.

Psstt, ok sejujurnya dulu aku pun penggemar kasut tinggi juga. Oppss! Jadi, aku faham apa perasaan puan-puan sekalian.

Al kisah, macam mana aku boleh insaf pakai kasut tumit tinggi bermula pada suatu malam ketika keluar bersama-sama teman yang lain.

"Bella, kau ni lambatlah! Jalan pon nak cover-cover. Buang je la stiletto kau tu! Baru laju sikit jalan nanti. Haha. "

Teman-temanku memang sedia maklum yang aku ni pergi mana pun dengan stiletto merah hadiah dari teman baikku. Aku dah terbiasa dengan kata-kata mereka.

Tapi, kali ni aku rasa berbeza. Aku rasa seperti ada yang tak kena. Apa yang berlaku sebenarnya?

Ya Allah, teman-temanku semuanya hilang. Mereka pergi mana. Batang hidung pon tak nampak. Puas aku cari. Peluh yang aku dapat.

Jalan punya jalan, aku sampai di satu persimpangan. Kelibat seorang lelaki di kawasan berhampiran menakutkanku tapi aku gagahkan jua untuk bertanya.

Belum sempat aku bertanya, aku diugut untuk memberikan semua wang aku ada. Aku menjerit tapi tak siapa dengar. Abis lesap duit aku. Sekali Iphone 6 pon terbang.Macam mana aku nk balik ke rumah ni....

Aku patah balik ke tempat asal sambil minta tolong. Alhamdulillah. Ada seorang pemandu teksi yang menyahut. Aku cuma mahu ke pondok polis untuk membuat laporan. Sampai di sana, aku diminta oleh pemandu teksi untuk membayar pula. Aku cuma ada seutas jam tangan ketika itu.Jadi aku terus serahkan kepadanya. Sighh. Semuanya duit duit duit. Muak!

Lepas satu ujian.. datang lagi ujian. ya Allah. Aku penat. Hmmm.

Selesai buat laporan, pihak polis menghantar aku pulang ke rumah.

Knock knock knock! Ternyata pintu masih terkunci. Hairan bin ajaib. Aku ingat mereka dah pulang.

Aku hanya duduk di depan pintu. Dalam 30 minit kemudian, mereka pon sampai.

"Eh, bella. Penat orang cari dia. Rupanya dah sampai rupanya! Kenapa tak cakap kalau dah pulang?"

Air mata perempuan akhirnya terjatuh jua di pipi. Tak mampu terucap apa-apa.

....................................................
Rupanya, bukan mereka yang tinggalkan aku tadi.

Jadi, siapa yang tinggalkan siapa?

"Semua ni sebab sepasang stiletto ni laa.. astaghfirullah. Ampun aku ya Allah. "

Lantas, aku buang stiletto itu ke dalam tong sampah. Sejak tu, aku benci pakai  kasut tumit tinggi. Dan aku tidak lagi memakainya sehingga sekarang.

Dan sebenarnya, menurut kajian dari sudut kesihatan juga, pemakaian kasut bertumit tinggi juga tidak digalakkan untuk menjaga struktur badan supaya lebih sihat.

Ramadhan Kareem

#SatuHariSatuIbrah
#AkuDiaDanRamadhan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

Misteri Cinnabon


"Yaya, sedap kan cinnabon ni! Eh, roti ini yang paling oudated sekali kan? Wahh, memang suka jadi perasmi ye?". Ketawa mereka berdua koff koff koff.

Cinnabon. Kalau belajar di Rusia, ianya antara kedai roti yang famous di sana. Roti diaa, perghh. Boleh meleleh air liur. Menggugah diet dan meningkatkan risiko penyakit diabetes. Eh!

Okay, akak kongsi sikit la jenis-jenis roti Cinnabon yang ada. Tadaa..

Kalau nak tahu, antara satu rahsia penguat cinta antara sesama saudara jantina yang sama adalah belanja makan.

Haa, memang tak boleh tipu la kan. Kalau orang marah kat kita, tak suka kita ka, kemudian kita belanja dia makan... cuba tengok kesannya. Memikat hati dan jiwa!

Ini sebenarnya antara salah satu rahsia untuk kita mengikat hati di samping juga mengamalkan doa-doa yang dianjurkan agama.

Saya dah cuba dan ianya berjaya! Alhamdulillah. Anda bila lagi?

Anda boleh belanja apa sahaja yang menjadi makanan kegemarannya. Yang penting dia suka. Senang bukan?

#SatuHariSatuIbrah
#AkuDiaDanRamadhan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

Pengakhiran


Pemuda.

Kuat. Semangat. Tak gentar. Pantang dicabar.

Itulah sosok yang kita mahukan.
Tetapi, sayugia kita lihat ramai yang pada awalnya saja semangat. Akhirnya, terhenti di suatu sudut, rebah barangkali dan tak mampu bangun lagi.

Allahu.

Hari ini aku menyaksikan seorang pak cik yang tampak muda. Bekerja dan berdakwah tak kira masa. Alangkah malunya pada dia.

Kerana aku yakin bahawa pengakhiran yang baik itulah impiannya.

Ya. Kita memang nampak hebat di saat kita punya kudrat. Tapi siapa tahu, suatu ketika kita ditimpa musibah akan rebah akhirnya. Moga kita istiqamah.

Ya muqollibal qulub. Thabbit qolbi ala deenik.

Faghfirlana ya Allah.

Moga dikurniakan pengakhiran yang baik.

#AkuDanRamadhan

Tertumbuk

Hari ini...

Hati ditembak-tembak hingga ke lubuk yang paling dalam sekali.

Allahu Allah.

Sebenarnya, kita rasa dah cukup bersyukur, padahal masih banyak lompong yang perlu diperbaiki.

Mana tidaknya, segala nikmat yang Dia berikan tidak kita menggunakan dengan betul bahkan selalu sahaja kita mengikut nafsu yang menyesakkan dada.

Aduhai apakah erti semua nikmat Allah jika tidak mentaati apa yang telah dipertanggungjawabkan?

Pihak iBantu IKRAM Perlis tadi telah membuat satu kelas khas bersama golongan kurang upaya OKU. Rata-ratanya buta, dan golongan warga emas. Kelas ini sebenarnya berlangsung setiap ahad di Masjid Putra Kangar.

Subhanallah. Maha Suci Allah yang sentiasa menghantar insan-insan lain untuk membantu mereka.Jangan pernah kita ingat kita sudah selesai jika memberikan wang bantuan.

TIDAK SAMA SEKALI. Duit bantuan hanyalah berapa cuma. Dengan ayat mudah, selalu kita berkata 'Aku dah bagi apa yang mereka patut dapat. Jadi cukuplah kan?.'

Tapi, kita lupa. Kita hanya memberikan sebagian sahaja. Kita tidak mengajar insan-insan istimewa ini mengenali Allah S.W.T.

Allahu.

Pihak iBantu IKRAM tadi mengajar mereka solat dhuha di Masjid Putra Kangar dan ada yang berwudhu' dengan cara tayammum kerana keadaan yang dibenarkan syara'.

Kita yang sihat, solat tak dhuha?

Lepas dari itu, mereka dipimpin ke dalam sebuah bilik lalu membacakan al-Mathurat beramai-ramai.

Kita yang sihat, baca tak al-Mathurat?

Selepas dari itu, setelah berehat beberapa minit, diteruskan pula dengan tadarus 4 surah dari juzu' amma. Masing-masing mengikut bacaan ustazah dan ada juga yang membaca dengan menggunakan al-Quran Braille.

Kita yang sihat, berapa banyak baca al-Quran?

Setelah itu, tibalah masanya solat Zohor. Maka, bersiaplah mereka masuk ke dalam ruang solat untuk berjemaah bersama-sama. Ada juga yang kelihatan melakukan solat sunat sebelum dan selepas Zohor.

Kita yang sihat, ada tak buat solat sunat?

Dan langkah kaki kami pun berlalu pergi dari masjid kerana ada urusan lain pula selepas itu.

Semoga Allah memberikan insan-insan istimewa itu dengan syurga yang tertinggi.

Hati ini sangat tersentuh. Air mata jatuh berkali-kali. Apatah lagi di dalam hati, sudah seperti tertusuk duri.

Amal mana yang nak kita bawa ke syurga? Tepuklah dada, tanyalah diri. Moga mereka sentiasa dalam jagaan Dia.

#iBantuIKRAM
#IKRAMPerlis
#RamadhanKareem

Kita hidup begitu selesa. Turunlah sekali dua melihat kehidupan yang berbeza. Ada sesuatu yang akan kita rasa. Lebih dari biasa, kita tersedar bahawa kita hanya diuji sedikit cuma.

Astaghfirullahal'azim.

Engkaulah!

Tanpa tarbiah, kita tak mampu nak berubah, apalagi jika nak berdakwah!


Ya, berbicara memanglah tak susah. Setakat kultim, bertazkirah...bisa ajah!
 Ya laa, semuanya persis asatizah, ustaz ustazah!



Namun pasti ada saat dan ketika kita hampir mengalah dan diuji sampai nak rebah. Mungkin itulah liku dan dugaan si pendakwah.


Cakap selalu kencang seakan semuanya telah dia redah. Realiti dan fantasi memang tak boleh terpisah. Kerana manusia sifatnya lemah. Dan dia perlukan Tuhan untuk mujahadah.


Tolong jangan cakap semua pendakwah semuanya salah. Mereka sendiri juga punya mujahadah. Mungkin kita rasa mereka tak punya masalah. Walhal dugaan mereka diluahkan di atas sejadah.


Jadi, siapa yang sebenarnya perlu muhasabah?

Engkaulah!

Debu

Bagaimana bisa aku bertemu Tuhan, sedang amal aku seperti debu berterbangan.


Alangkah bahagianya rasa di jiwa, saat Dia kembali menyapa.



Kerana yang terasa beratnya bebanan dan ujian, hanyalah kerana diri sudah jauh dariNya.

| Linsyirah 200816|

Jelmaan Datang Bertandang

Ada satu saat dan ketika,
Kenangan lalu melintas di fikiran kita.
Mengajak kita untuk masuk ke dalamnya semula.

Tapi....
Kita tahu betapa kelamnya masa silam kita.
Segala jahiliyyah menutupi cerita lama.
Dari dalam hingga ke luar semuanya nampak seperti indah belaka.
Hakikatnya hanyalah sandiwara di dunia.


Janganlah ada rasa ingin kembali.
Hanya untuk ambil iktibar dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi sekali.


| Linsyirah 200816 |