Saturday, 20 August 2016

Stiletto Merah



" Woi, sakitnya tumit kaki. Adoi! Nak melawa pon, terseksa! "

Haaa, siapa suruh pakai high heels? Ok, jangan marah wahai si penggemar kasut tumit tinggi.

Psstt, ok sejujurnya dulu aku pun penggemar kasut tinggi juga. Oppss! Jadi, aku faham apa perasaan puan-puan sekalian.

Al kisah, macam mana aku boleh insaf pakai kasut tumit tinggi bermula pada suatu malam ketika keluar bersama-sama teman yang lain.

"Bella, kau ni lambatlah! Jalan pon nak cover-cover. Buang je la stiletto kau tu! Baru laju sikit jalan nanti. Haha. "

Teman-temanku memang sedia maklum yang aku ni pergi mana pun dengan stiletto merah hadiah dari teman baikku. Aku dah terbiasa dengan kata-kata mereka.

Tapi, kali ni aku rasa berbeza. Aku rasa seperti ada yang tak kena. Apa yang berlaku sebenarnya?

Ya Allah, teman-temanku semuanya hilang. Mereka pergi mana. Batang hidung pon tak nampak. Puas aku cari. Peluh yang aku dapat.

Jalan punya jalan, aku sampai di satu persimpangan. Kelibat seorang lelaki di kawasan berhampiran menakutkanku tapi aku gagahkan jua untuk bertanya.

Belum sempat aku bertanya, aku diugut untuk memberikan semua wang aku ada. Aku menjerit tapi tak siapa dengar. Abis lesap duit aku. Sekali Iphone 6 pon terbang.Macam mana aku nk balik ke rumah ni....

Aku patah balik ke tempat asal sambil minta tolong. Alhamdulillah. Ada seorang pemandu teksi yang menyahut. Aku cuma mahu ke pondok polis untuk membuat laporan. Sampai di sana, aku diminta oleh pemandu teksi untuk membayar pula. Aku cuma ada seutas jam tangan ketika itu.Jadi aku terus serahkan kepadanya. Sighh. Semuanya duit duit duit. Muak!

Lepas satu ujian.. datang lagi ujian. ya Allah. Aku penat. Hmmm.

Selesai buat laporan, pihak polis menghantar aku pulang ke rumah.

Knock knock knock! Ternyata pintu masih terkunci. Hairan bin ajaib. Aku ingat mereka dah pulang.

Aku hanya duduk di depan pintu. Dalam 30 minit kemudian, mereka pon sampai.

"Eh, bella. Penat orang cari dia. Rupanya dah sampai rupanya! Kenapa tak cakap kalau dah pulang?"

Air mata perempuan akhirnya terjatuh jua di pipi. Tak mampu terucap apa-apa.

....................................................
Rupanya, bukan mereka yang tinggalkan aku tadi.

Jadi, siapa yang tinggalkan siapa?

"Semua ni sebab sepasang stiletto ni laa.. astaghfirullah. Ampun aku ya Allah. "

Lantas, aku buang stiletto itu ke dalam tong sampah. Sejak tu, aku benci pakai  kasut tumit tinggi. Dan aku tidak lagi memakainya sehingga sekarang.

Dan sebenarnya, menurut kajian dari sudut kesihatan juga, pemakaian kasut bertumit tinggi juga tidak digalakkan untuk menjaga struktur badan supaya lebih sihat.

Ramadhan Kareem

#SatuHariSatuIbrah
#AkuDiaDanRamadhan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

No comments:

Post a Comment