Thursday, 27 August 2015

Hilang




Pernah tak rasa seperti hilang sesuatu?

Semalam perasaan tertekan itu hadir.
Hari ini, Allah hilangkan.

Tanpa sempat kita mengucapkan syukur pada Dia.
Terlebih dahulu dia menebarkan cintaNya seluas-luasnya.

Tanpa sempat kita memberi kepada yang lebih memerlukan,
Terlebih dahulu Dia memberikan kita segala nikmat serta ketenangan.

Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan?
Andai dihitung seluruh nikmat Tuhan, tak bisa dituliskan.


Wednesday, 26 August 2015

Wahai Insan!


Wahai insan!
Tidaklah kau lelah.
Memikirkan segala ujian menimpa.
Kenapa tak serah saja pada yang Esa.

Wahai insan!
Kenapa terlalu berfikir tentang dunia?
Sedang ianya hanya sementara.
Akhirat pula kau buat-buat lupa.

Wahai insan!
Aku mohon padamu.
Kembalilah kepada fitrah.
Yang Tuhan berikan.
Mungkin kau tak rasa itulah yang terbaik.
Tapi Allah menjanjikan kemanisan.
Percayalah dalam hati kau.
Itulah namanya iman.

Allah.
Allah.
Allah.
Ya Allah.

Aku lemah.
Aku sudah penat dengan semua ini.
Hampir sahaja aku berlepas dari segala.

Tapi,
Aku tetap membaca firman dariNya.
Oh! Indahnya aturanMu ya Tuhan.
Tak tercapai akal berfikir tentangnya.

Aku cuma mahu menjadi seorang manusia.
Yang dikatakan sebaik-baik kejadian.
Bukannya seorang serigala jadian.

Aku.
Lemah.
Kalau.
Engkau.
Tiada.
Di sisiku.

Allah.
Allah.
Allah.
Ya Allah.

Duhai insan yang bernama si fulanah.
Aku harap engkau bisa mengerti.
Untuk siapa aku tujukan ini.

| Curhat & Jiwa Hamba Pendosa |

Tuesday, 25 August 2015

Nak Solat di Mana Ni?


Akhirnya...

Berjaya menjejakkan kaki ke Monte Carlo.
Ingat Monte Carlo, ingat Formula 1.
Eh!

Waktu tu masih pagi.
Mula berjalan-jalan.
Walaupun, 
Tak tahu di mana sebenarnya kami berada.

Aku, Nina, Meejay dan Aishah.
Kami berempat.
Jalan punya jalan, sampai la satu kawasan ni.

Atas bukit.
Cantik sangat pemandangan di situ.
SubhanAllah.


Penuh Warna dan Makna


Bumi Soviet yang indah belaka.


Benarlah.
Kata mereka,
Bumi tarbiyyah itu banyak mengajar kita.
Menjadi manusia yang berjiwa Muslim.

Ingat lagi.
Ketika pertama kali melangkah ke garisan pemisah bumi Eropah.
Itu pertama kali dalam hidup.
Dan itulah cita-cita aku sejak dari bangku sekolah lagi.

Dulu,
Mahu "fly" ke luar negara sebab tengok "senior" sekolah,
Seronok sangat, boleh main-main salji,
Boleh "post" banyak gambar best..
Aduh, sedikit dengki di situ.
Jeles katanya.

Tapi,
Cara Allah memilih sama.
Seperti mereka.
Yang membezakannya adalah,
Bagaimana cara Allah membawa aku ke sana.
Bukan mudah.

Saja aku mahu berkongsi.
Abah aku mati-mati tak benarkan aku pergi.
Aku hanya mampu menangis dalam malam kelam.
Hanya mampu berdoa pada Tuhan.
Aku rasa seperti sia-sia aku belajar.

Mak,
Kata aku,
Pujuklah abah.
Pujuklah abah.
Pujuklah abah.

Dengan berkat doa mak mungkin,
Akhirnya, abah benarkan aku pergi.

Dan aku terus keluar dari matrik.
Semangat sangat nak pergi.
Tiba sangat aku masuk ke Unikl MIAT.
Krik krik krik.

Cuak pun ada.
Tak kenal siapa pun.
Dapat bilik pon kongsi dengan senior.
Lagi bertambah gelabah.
Aduh.

Setahun rupanya di MIAT.
Macam-macam pengalaman.
Ada suka, ada duka.
Seperti kau jua.

Hujung bulan Jun,
Flight kami untuk terbang ke Rusia.
Fuhhhh!!

Ingat beg aku paling berat,
Eh! Rupanya ada lagi yang lebih berat dari aku.
Okay fine.

Sampai di Rusia.
Aku masih seperti insan biasa.
Tak kenal,
Tarbiyyah itu apa,
Penting sangatkah aku "join" usrah yang poyo tu?
Ganggu masa belajar aku pulak.
Eh! Belajar ka?
Bye...

Rupanya...
Lama-lama,
Baru aku sedar.
Indah sangat cara Allah mendidik aku mejadi hamba Dia.
Macam-macam Allah bagi ujian.

Tahun pertama,
Eh! Lutut "dislocated".
Masa tu, 
Aku masih tak mampu bersangka baik dengan Tuhan.
Apa-apa an ujian Dia bagi.
Aku buat dosa apa sampai Dia uji camni.
Sedih sangat sangat.
Hmmm....

To be continued.

Episod Dacha Yakhroma



Jaulah Syitawiyah 2012. DACA YAKHROMA. Adalah OSEM! Alhamdulillah. All praises only to Allah. Jazakumullahu khayran katheeran.Mudah-mudahan, dgn izin Allah, kita mampu menebar cinta Allah di jalan dakwah dan tarbiyah kerana we love ISLAM! 
jumpa lagi di jaulah-jaulah yg akan datang! ♥ ♥ ♥








Dream High


Aim for the sky, even if you miss, you will land among the stars.

A long journey begins with the first step.

terms :

Short term
§Very neat and tidy
§Good management of time
§Wake up early
§Always dhuha and tahajjud
§Read Quran 10 pages per day

Long term
§Hafizah
§Very productive
§Multitasking
§Be a writer
§Good leader
§Expert photographer


First Shoot


Tema : Menjana Taqwa Menuju Rahmah

Tajuk Video : Panggilan Ilahi

Director : Azlina Hashim
Starring by : Syafik (Ajak)
Scripwriter : Samahah & Azlina
Videographers : Ezzah, Fatimah Sarah
Editor : Ezzah, Aliya, Fatimah Sarah
Technicians : Sarah, Syakirah, Naziha

Sinopsis:

Syafiq adalah seorang graduan dari salah sebuah universiti tempatan, tapi di university orang panggil dia “Ajak”. Ramadhan yang lalu telah dilaluinya dengan kurang sempurna, hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Jadi, dia berazam untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik pada Ramadhan kali ini. Di bulan puasa ini, dia telah menjalani Ramadhan dengan penuh penghayatan, ibadahnya dijaga rapi dan hari-harinya dilalui secara produktif. Kerana sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda, amatlah malang jika seseorang itu keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan dosanya tidak diampunkan Tuhan.

Introduction:
Ayat untuk jiwa kosong. " Ada yang tidak sedar, dirinya sedang diperhati. Setiap detik. Setiap saat. (Bunyi saat/detik jam). Bahkan ramai di luar sana masih dibuai mimpi. Saban hari, keadaan jiwa mereka tidak disedari. Makin hari makin serba tak kena. Pelbagai penyakit jiwa menghinggap di hati, hingga akhirnya dia jatuh menyembah bumi sendiri. Kadang, begitulah keadaan diri kita tika bergelumang dengan dosa dan maksiat di dalam hati.


Part 1:
Venue : Chamek Kopitiam
Time shooting : After isya ( 9.00 pm to 10.30 pm mybe)
Date : Malam Isnin (29 Jun)
Ahli produksi : Azlina, Syafiq( berserta anak2nya), Sarah, Ezzah, Fatimah,

Skrip :
Babak pertama:
Syafiq dan kawannya sedang bergelak ketawa (cari point sembang2) Masing-masing sedang melihat gadget. Sampai satu saat, Syafiq pon berkata kepada kawan-kawannya,
"Eh, dah pukul 3 pagi! Jom jom balik. Kang esok tak sempat sahur pulak".
Manakala, kawannya membalasnya,"Malam masih muda bro. Chill dulu. Sahur pulak kau syafiq, ntah2 subuh pon gajah."
Semua terus berketawa.
Babak kedua: (tambahan babak pada waktu yang sama, part 2, babak 1 n 2, part 3, babak 1, part 4, babak 1, part 5, babak 1, 2)

Venue : Di rumah ( Rumah Kak Sya)
Time shooting : After isya (5.30 pm to 11.00 pm)
Date : Malam selasa (30 Jun)
Ahli produksi : Azlina, Syafiq (beserta kawan-kawan) , Ezzah, Fatimah, Kak Sya, Sarah, Aliya

Skrip :
1. Syafiq sedang bermunajat kepada Tuhan. Hanya terdengar bunyi takbir solat ja. Doa dan Syafiq tengah baca al-Quran.
2. Syafiq tengah baring di katil. Bunyi alarm fon.
Dan dia pon tengok fon dan berkata," Adusss, lambat lagi bangun hari ni. Ketika itu, jam menunjukkan jam 6.30 am.
3. Syafiq bangun jam 5 am. Terus ke sinki, cuci muka, berus gigi dan solat tahajjud. Kemudian, jam 5.15 am baru dia sahur. Syafiq, baca doa makan.
4. Syafiq telah membeli pelbagai juadah makanan, untuk berbuka puasa. Dia makan sampai kenyang dan telah melambatkan solatnya. dan solat di hujung waktu supaya dapat digabung dengan isya sekaligus. "Menggeliat"
5. Syafiq telah beriftar bersama rakannya dengan berbuka dengan tamar dahulu dan kemudiannya solat maghrib. dan barulah makan juadah berat. Baca doa berbuka puasa " Allahumma......." dan diakhiri dengan alhamdulillah. Duduk bertadarus bersama rakannya.
6. Syafiq sedang main PES.Or game or tgk movie. or apa2 sahaja yang melaghakan. Dia sering menjerit2. Blaa blaa. Sambil ketuk2 meja. Sambil tengok2 jam, "Wahh, nak berbuka ni, skit lagi."
Jam sedang menunjukkan pukul 6.45 pm.
7. Syafiq sangat seronok menyambut ketibaan Aidilfitri kali ini. Sambil membetulkan butang baju dan songkoknya, dia menyanyi lagu "Selamat Hari Raya" dengan senyuman dan tawa di bibir.
8. Syafiq masih termenung jauh di sudut cermin. Ketika mendengar takbir raya itu, dengan tidak semena-mena gugur air matanya. (pasang lagu Ramadan by mambai)

Part 3:
Babak 2:
Venue : Padang bola.
Time : Lepas asar. (6 pm to 6.30 pm)
Date : 1 Julai
Kelihatan syafiq sedang bermain bola bersama teman-temannya. Nnti fokus syafiq main ja la. Short.

Setup equipment:

1. D1500
2. VcamSony Besar
3. Vcam canon
4. Slider
5. Mikrofon
6. Memory Card
7. Tripod

p/s: Barang nanti semua ana akan amek dan bawak ke lokasi penggambaran.

Extra equipment dan barang-barang :
1. Baju Melayu dan sampin utk Eid Mubarak
2. Bungkusan makanan untuk ifthar
3. Laptop for gaming.

4. Fon for alarm

Episod Mesir vs Hannah Montana

Pagi itu, kami semua berkumpul di Rumah Islam di Moscow. Seorang kakak bernama Nurul Iman Zalzilah setia menemani sehingga saat berangkat pergi. Dialah ketua jaulah kami.

Menaiki sebuah masyrut ke lapangan terbang antarabangsa Domodedovo mengambil masa 45 minit untuk sampai ke sana. Setiba di sana, kami bergegas mencari tempat untuk check in pesawat Egyptair.

Alhamdulillah. Pencarian dipermudahkan oleh Dia yang Maha Kuasa. Selesai check in, kami bersiap mencari pintu masuk. Menunggu beberapa seketika sambil menjamah sedikit makanan yang tersedia.
Perjalanan kami menuju Lapangan Terbang Cairo memakan masa 5 jam. Di atas udara itu, kami diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh ukhti Nurul Iman Zalzilah kerana dia pernah pergi ke Mesir sebelum ini.

Bait-bait suci al-Quran diminta untuk ditadabbur sepanjang perjalanan. Tidak sabar rasanya di hati ini kerana ini permata kali keluar ke negara timur tengah.

Now, it’s ready for landing, Please tighten your sit belt.

SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Itulah ucapan syukur kami kerana selamat mendarat ke bumi Cairo.

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Cairo disambut oleh beberapa orang pelajar Mesir dengan menaiki sebuah van untuk ke rumah tumpangan kami di tengah kota berdekatan dengan Dataran Tahrir.

Penat tidak terkata. Bercampur-campur perasaan ketika itu. Seronok, sedih, penat dan macam-macam lagi. Namun, Alhamdulillah kerana di sana sudah tersedia pelbagai juadah untuk kami menikmati. SubhanAllah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Suasana sunyi ketika itu. Semua yang sampai hampir keletihan teramat. Menarik selimut untuk dibuai mimpi indah malam itu.

Bangun! Bangun! Eh, rupanya belum subuh. Mengapa mereka kejutkan ni?

Itu perasaan aku ketika itu. Malas lagi. Terus menyambung mengbungkus badanku dengan selimut yang disediakan. Tiba-tiba hati tidak tenang melihat di sekelilingku yang rata-rata sudah siap bertelekung untuk qiam atau bangun malam. 

Aku yang tersentak ketika itu bercampur malu sendirian mula mengorak langkah ke depan. Mengambil tuala dan kelangkapan untuk ke bilik mandi. Sudah siap mandi, rupanya mereka di sini subuh berjemaah pula. Menunggu kami yang agak lambat ke belakang pagi itu. Tapi tidak mengapa, asal kita bersatu atas aqidah yang sama, sanggup mereka yang lain bersabar. Mungkin itu yang berada di dalam benak fikiran mereka aku rasa.

Usai solat subuh, duduk beramai-ramai membentuk bulatan untuk membaca al-Mathurat pada pagi yang hening itu. Aku yang jarang sekali membacanya, terimbau kenangan di zaman sekolah menengah dahulu. Membaca sambil berpusing-pusing kepala kerana setiap kali membacanya, setiap kali itu juga mengantuk yang teramat.

To be continued.....


Monday, 24 August 2015

Panggilan Ilahi

Assalamualaikum wbt.
Kusangka tempat ke-3, rupanya tempat pertama. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Atas segala kejayaan ini. Sememangnya segala ini hanya dari Allah. Haza min fadhli Rabbi.
Pemenang video #IRIS1436H baru-baru ini pada bulan Julai 2015.
Sedikit pengalaman yang mahu dikongsi bersama.
#Bagaimana menguruskan sesuatu penggambaran
#Bagaimana memastikan semua akan memainkan peranan yang sewajarnya
#Bagaimana tawakkal kepada Allah sahaja mampu menenangkan jiwa
#Bagaimana kita sebagai pelajar terutamanya mahu meluangkan masa untuk aktiviti luar
  1. Pengurusan penggambaran haruslah diambil alih oleh pengarah filem pendek tersebut. Pengarah filem haruslah melaksanakan banyak kerja berbanding orang lain dan jangan berharap bahawa orang lain akan melakukan sesuatu kerja yang berkaitan melainkan kita sendiri yang melakukannya terlebih dahulu.
  1. Pengarah haruslah bersifat tegas dalam membahagikan tugas kepada ahli dan memastikan semua ahli membuat tugasan dengan baik sebelum tarikh duedate.
  1. Sebagai hamba Allah, kita haruslah bergantung harap hanya pada Allah semata. Bukan kepada hakim mahupun penonton atau rakan sekeliling.
  1. Sebenarnya, jika diikutkan, kita masih ada lebihan masa pada waktu-waktu tertentu. Namun, jika bermalasan, masa itu akan berlalu pergi begitu sahaja.

Sebenarnya, penggambaran yang sangat singkat ini, iaitu selama dua malam berturut-turut amat memberi saya semangat untuk meneruskan usaha pembikinan filem pendek yang lebih hebat pada masa akan datang.
Jazakumullahu khairan katheeran kepada semua ahli #SupportMedia yang sangat sporting dan berkaliber sepanjang sesi penggambaran hinggalah sekarang.
Majulah media perfileman untuk ummah sejagat.  Insya Allah.

Suicide

Assalamualaikum wbt.
Sekarang team #SupportMedia tengah menyiapkan salah satu video pendek bertemakan Aids, dan lebih spesifiknya adalah “Stigma dan Diskriminasi”.
Alhamdulillah, setelah “shooting” selama 3 hari, maka selesai sudah. Cumanya yang tinggal adalah usaha gigih para editor yang memerlukan sokongan semua ahli.
Pembunuh sebenar kadang bukanlah penyakit, tetapi stigma dan diskriminasi itu sendiri.
Di dalam hujan, jurukamera kita tetap bersemangat untuk terus "shooting".
Terus bersemangat. Yeahhh! Go Support Media!
Berikut merupakan beberapa teaser sebelum video sebenar dikongsi di media massa. Insya Allah. Nak tahu mengenai video ini, kenalah tungguuuuuu....
Macam filem cinta pulak eh!

Amran memikirkan nasibnya di masa depan.
Di bawah ini adalah Team Support Media, yang terdiri daripada Syafiq Razak sebagai Amran (pelakon utama), Rijal (pelakon tambahan), Shakirah, Sarah Nabilah, Fatimah Sarah, Nur Ezzah, Hidayah dan Azlina. Sebenarnya ahli kami seramai 13 orang semuanya, termasuklah Aliya, Samahah, Naziha dan Halim serta Asyraf.
Ami aka Hazlami Fikri sebagai pelakon tambahan saat-saat terakhir.

After shooting babak "suicide". Penat semua orang.
Akhir kata, sabarlah menunggu video kami nanti. Insya Allah. Doakan pesanan yang ingin bawa sampai kepada penonton semua. Amin.