Assalamualaikum wbt.
Kusangka tempat ke-3, rupanya tempat pertama. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Atas segala kejayaan ini. Sememangnya segala ini hanya dari Allah. Haza min fadhli Rabbi.
Pemenang video #IRIS1436H baru-baru ini pada bulan Julai 2015.
Sedikit pengalaman yang mahu dikongsi bersama.
#Bagaimana menguruskan sesuatu penggambaran
#Bagaimana memastikan semua akan memainkan peranan yang sewajarnya
#Bagaimana tawakkal kepada Allah sahaja mampu menenangkan jiwa
#Bagaimana kita sebagai pelajar terutamanya mahu meluangkan masa untuk aktiviti luar
- Pengurusan penggambaran haruslah diambil alih oleh pengarah filem pendek tersebut. Pengarah filem haruslah melaksanakan banyak kerja berbanding orang lain dan jangan berharap bahawa orang lain akan melakukan sesuatu kerja yang berkaitan melainkan kita sendiri yang melakukannya terlebih dahulu.
- Pengarah haruslah bersifat tegas dalam membahagikan tugas kepada ahli dan memastikan semua ahli membuat tugasan dengan baik sebelum tarikh duedate.
- Sebagai hamba Allah, kita haruslah bergantung harap hanya pada Allah semata. Bukan kepada hakim mahupun penonton atau rakan sekeliling.
- Sebenarnya, jika diikutkan, kita masih ada lebihan masa pada waktu-waktu tertentu. Namun, jika bermalasan, masa itu akan berlalu pergi begitu sahaja.
Sebenarnya, penggambaran yang sangat singkat ini, iaitu selama dua malam berturut-turut amat memberi saya semangat untuk meneruskan usaha pembikinan filem pendek yang lebih hebat pada masa akan datang.
Jazakumullahu khairan katheeran kepada semua ahli #SupportMedia yang sangat sporting dan berkaliber sepanjang sesi penggambaran hinggalah sekarang.
Majulah media perfileman untuk ummah sejagat. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment