Tuesday, 25 August 2015

Episod Mesir vs Hannah Montana

Pagi itu, kami semua berkumpul di Rumah Islam di Moscow. Seorang kakak bernama Nurul Iman Zalzilah setia menemani sehingga saat berangkat pergi. Dialah ketua jaulah kami.

Menaiki sebuah masyrut ke lapangan terbang antarabangsa Domodedovo mengambil masa 45 minit untuk sampai ke sana. Setiba di sana, kami bergegas mencari tempat untuk check in pesawat Egyptair.

Alhamdulillah. Pencarian dipermudahkan oleh Dia yang Maha Kuasa. Selesai check in, kami bersiap mencari pintu masuk. Menunggu beberapa seketika sambil menjamah sedikit makanan yang tersedia.
Perjalanan kami menuju Lapangan Terbang Cairo memakan masa 5 jam. Di atas udara itu, kami diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh ukhti Nurul Iman Zalzilah kerana dia pernah pergi ke Mesir sebelum ini.

Bait-bait suci al-Quran diminta untuk ditadabbur sepanjang perjalanan. Tidak sabar rasanya di hati ini kerana ini permata kali keluar ke negara timur tengah.

Now, it’s ready for landing, Please tighten your sit belt.

SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Itulah ucapan syukur kami kerana selamat mendarat ke bumi Cairo.

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Cairo disambut oleh beberapa orang pelajar Mesir dengan menaiki sebuah van untuk ke rumah tumpangan kami di tengah kota berdekatan dengan Dataran Tahrir.

Penat tidak terkata. Bercampur-campur perasaan ketika itu. Seronok, sedih, penat dan macam-macam lagi. Namun, Alhamdulillah kerana di sana sudah tersedia pelbagai juadah untuk kami menikmati. SubhanAllah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Suasana sunyi ketika itu. Semua yang sampai hampir keletihan teramat. Menarik selimut untuk dibuai mimpi indah malam itu.

Bangun! Bangun! Eh, rupanya belum subuh. Mengapa mereka kejutkan ni?

Itu perasaan aku ketika itu. Malas lagi. Terus menyambung mengbungkus badanku dengan selimut yang disediakan. Tiba-tiba hati tidak tenang melihat di sekelilingku yang rata-rata sudah siap bertelekung untuk qiam atau bangun malam. 

Aku yang tersentak ketika itu bercampur malu sendirian mula mengorak langkah ke depan. Mengambil tuala dan kelangkapan untuk ke bilik mandi. Sudah siap mandi, rupanya mereka di sini subuh berjemaah pula. Menunggu kami yang agak lambat ke belakang pagi itu. Tapi tidak mengapa, asal kita bersatu atas aqidah yang sama, sanggup mereka yang lain bersabar. Mungkin itu yang berada di dalam benak fikiran mereka aku rasa.

Usai solat subuh, duduk beramai-ramai membentuk bulatan untuk membaca al-Mathurat pada pagi yang hening itu. Aku yang jarang sekali membacanya, terimbau kenangan di zaman sekolah menengah dahulu. Membaca sambil berpusing-pusing kepala kerana setiap kali membacanya, setiap kali itu juga mengantuk yang teramat.

To be continued.....


No comments:

Post a Comment