Assalamualaikum wbt.
![]() |
| Credit photo to Google : Venice of the North |
Saya, Azlina Binti Hashim, bekas pelajar kejuruteraan maritim di Saint Petersburg, Rusia.
Sekarang masih bergelar seorang pelajar di sebuah universiti tempatan.
Atas asbab untuk memudahkan perjalanan musafir yang mahu berjalan-jalan di salah satu bandar yang tercantik di bumi Eropah, saya terpanggil untuk menulis entri ini.
Saint Petersburg memang salah satu pusat pelancongan yang terkenal, tambahan pula dengan lambakan pelajar medik di sekitar Rusia dan pelajar kejuruteraan sendiri yang hanya majoriti jumlahnya.
Pertama sekali, saya akan tunjukkan bagaimana nak beli tiket dari Moscow terutamanya untuk sampai ke Saint Petersburg.
Kalau dari Moscow, ada banyak airport yang boleh sampai ke Saint Petersburg, selalunya Domodedovo Airport.
Kalau by train, namanya Leningradsky Vokzal. Ada juga yang lain, tapi saya tak berapa familiar.
Ada dua pilihan:
a) Flight: Aeroflot, UTair Airlines, Ural Airlines , Transaero ( Momondo.com -Standart harga antara RM300-500,2 hala)
b) Train : PZD, Sapsan, (Boleh buka website ni http://pass.rzd.ru/main-pass/public/en )
Harga untuk train biasa dalam RM200-300 2 hala, untuk train laju Sapsan, satu hala pon dah cecah RM350)
Mohon check balik currency sekarang.
![]() |
| Credit photo to Google : Train station Moskovsky |
![]() |
| Credit photo to Google : PZD train |
![]() |
| Credit photo to Google : Sapsan berkelajuan tinggi |
![]() |
| Credit photo to Google : Pulkovo Airport Saint Petersburg |
Haa, dah sampai sini nak naik apa untuk ke tempat penginapan?
Kalau dari train station(Moskovsky Vokzal), selalunya, para musafir akan ambil langkah paling mudah dengan hanya menaiki metro, iaitu keretapi bawah tanah yang amat efisyen. Biasanya penumpang hanya perlu 3 minit sahaja kalau terlepas metro. Nahh, map.
![]() |
| Credit photo to Google : Peta metro Saint Petersburg |
Di dalam Moskovsky station, memang sudah ada sebuah metro ( Ploschad Vosstania). Keluar sahaja dari train, jalan terus. Nanti akan nampak tanda metro. Sebelum naik, pastikan beli dulu token, kami kat sana dulu panggil zheton.
![]() |
| Credit photo to Google : Token metro |
Pastikan kita tahu dan dah check ke metro mana kita patut pergi. Sini, main-main transit. Selagi tak keluar metro, still valid lagi token tu. insya Allah.
Haa, kalau datang dengan family yang ramai dan ada mak ayah yang tak larat nak naik tangga, mohon naik teksi untuk ke hotel or hostel. insya Allah, make sure dah tulis alamat tempat penginapan supaya senang orang yang menyewa teksi tu. Standart price kalau area Nevskiy prospekt dalam RM30-50 per teksi. Depends pemandu. :D Ada juga perkhidmatan masyrut (minivan). Buka di sini http://www.miniven-piter.ru/arenda-miniven.htm ( dulu harganya 600 rubbles per hour, bersamaan dengan RM60 sejam).
Selalunya, saya sarankan para musafir stay hostel or hotel yang tengah-tengah bandar.
Boleh booking di hostel.com, airbnb (untuk apartment), terus click hotel mana yang nak.
Atau boleh juga cari apartment di link bawah ini.
Sebelum booking betul-betul, mohon survey dulu. Sebab kalau stay tempat penginapan yang tengah bandar, senang nak gerak. Just walk in, or naik bas sahaja. insya Allah, tak mahal sangat hostel kat situ, antara range dalam RM60-100 per person per night. Kalau hotel, xnak cakap. :D Apartment pon dalam RM250-400 per night. Cari awal, dapat yang murah. insya Allah. Jangan lupa minta map dari hostel or hotel.
Okay, sekarang anda di tengah-tengah bandar. Anda blur nak gerak ke mana dahulu? Selalunya kalau pelancong datang, tempat yang paling diingati adalah 1. Church of Savior on Spilled Blood.
![]() |
| Credit photo to Google : Церковь Спаса на Крови ( Church of Savior on Spilled Blood) |
Berdekatan dengan church ini, ada perkhidmatan cruise di sekitar Sg Neva. Harga yang dikenakan dalam RM50 seorang. Saya berpendapat, tidak rugi jika naik cruise ini. Anginnya menusuk tulang.
![]() |
| Credit photo to Google : Cruise Sg Neva |
Di hadapannya akan ada satu museum yang bersejarah, 2. Kazan Cathedral (Kazansky sabor)
![]() |
| Credit photo to Google : Kazan Cathedral |
Di sepanjang jalan yang tegak ini dinamakan Nevskiy Prospekt. Untuk yang muda-mudi, amat digalakkan untuk berjalan sahaja, tetapi bagi yang tidak mampu berjalan jauh, boleh menggunakan perkhidmatan bas di sepanjang jalan. Cuma, kena ingat di mana tempat menginap supaya nanti tidak tersesat.
![]() |
| Credit photo to Google : Along Nevskiy Prospekt |
![]() |
| Credit photo to Google : On the other side of the road |
Jika anda mahu ke 3. State Hermitage Museum dengan hanya berjalan kaki, hanya perlu berjalan sehinggalah ke penghujung sampai berjumpa dengan jambatan tepi Sungai Neva. Tetapi jika mahu menaiki bas, anda boleh mengambil bas yang bergerak ke arah hadapan, boleh juga tanya collecter bas terus ketika naik. But mostly memang ke arah sana, dan turun sebelum sampai jambatan, dekat bus stop. Harga tambang hanya dalam RM2 lebih sahaja.
![]() |
| Credit photo to Google : Hermitage (Winter Palace) |
Untuk masuk ke Hermitage ni, kena bayar dalam anggaran RM30-40, saya sudah lupa. Tetapi jika ada kad pelajar yang belajar di Rusia, percuma sahaja. Nak tahu apa yang ada di dalam, kena la masuk. Ini adalah antara muzium yang terbesar di Benua Eropah.
Jika mahu tengok jambatan terbuka (4. Open Bridge), haa boleh keluar malam. Open Bridge tu hanya bersebelahan dengan muzium ini sahaja. Selalunya, jambatan tu akan dibuka tengah malam antara jam 1-2 pagi. Jangan lupa check dulu jadual jambatan tu akan dibuka.
![]() |
| Credit photo to Google : Open Bridge |
Sebenarnya, bukan hanya jambatan ini sahaja, masih ada jambatan lain yang akan dibuka. Yang ni yang senang access sikit la sebab dekat dengan main road.
Untuk ke destinasi seterusnya pula, boleh pergi melawat 5. Masjid Saint Petersburg. Keunikan masjid ini terletak pada seni bina kubahnya yang amat cantik sekali.
![]() |
| Credit photo to Google : Kubah masjid |
![]() |
| Credit photo to Google : Санкт-Петербу́ргская мече́ть |
Untuk ke masjid ini, boleh menaiki metro sahaja. Kalau dari Nevskiy Prospekt, boleh naik metro ke metro Gorskovskaya (Line warna biru). Masjid ini selalunya hanya dibuka ketika waktu solat sahaja. Keluar sahaja dari metro, akan terus nampak masjid tersebut. Berdekatan dengan masjid tersebut, akan ada sebuah kedai makan halal. Dari masjid, jalan ke kanan dan akan jumpa persimpangan, lintas jalan tu dan akan nampak macam kedai kebab. Untuk make sure, tanya dulu owner, "Eta halal da?".
Selain dari itu, salah satu destinasi yang wajib dilawati adalah 6.Summer Palace. Ini berdekatan dengan metro Avtoto (Line merah). Metro ini dikatakan antara metro yang tercantik di Benua Eropah. Jadi jangan lupa ambil gambar ya.
![]() |
| Credit photo to Google : Metro Avtovo |
Dari metro, lintas ke seberang jalan dengan melalui "perekhod". Di sana ada van (masyrut) yang tulis ke Petergof. Naik yang tu. Harga dalam seorang tak sampai RM10 untuk satu perjalanan. Perjalanannya agak lama dalam sekitar 30 min lebih. Berhenti bila nampak tembok pagar putih yang besar, selalunya ramai sahaja yang akan turun. Harga untuk masuk ke Petergof ini agak mahal dalam sekitar RM45. Ada hari yang murah, ada hari yang mahal. Boleh check tiket di internet. Selalunya mengambil masa dalam sehari juga untuk menghabiskan masa berjalan-jalan di sini. Jangan lupa beli souvenirs di Petergof ya. Harganya lebih murah berbanding tempat lain. Dan juga, kalau boleh, bawak makanan siap-siap untuk lunch untuk yang Muslim.
![]() |
| Credit photo to Google : Petergof, Summer Palace |
Sebenarnya masih banyak tempat untuk dilawati, seperti Tsarskoye Selo, Catherine Palace, Russian Museum, Saint Issac Cathedral, Saints Peter and Paul Cathedral, the Summer Garden, Mariinskiy Theatre dan banyak lagi. Ini boleh gugel dan check dalam goggle map. Selalunya, kalau perjalanan yang lebih dari 3 hari dan backpackers, bolehlah berjalan semua tempat ni. Depends.
Selamat berjalan-jalan. dan menghayati alam ciptaan Tuhan.
Sebarang pertanyaan, boleh email saya di azlinahashim2411@gmail.com .

















